4 rutin utama semasa ibu berpantang

4 rutin utama semasa ibu berpantang akan memberikan gambaran secara keseluruhannya untuk para ibu semasa berpantang. Apa sebenarnya tujuan berpantang? Tujuan utama berpantang adalah bagi mengembalikan kesihatan dan kesegaran tubuh badan ibu. Terpulang kepada ibu sama ada nak berpantang secara tradisonal atau moden kerana setiap orang berbeza cara penerimaannya. Kebanyakan ibu pada masa sekarang banyak berpantang sendiri dirumah.

Sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita ada yang berpantang 44 hari dan ada yang 100 hari. Jika ibu pertama kali melahirkan anak, mereka mungkin tiada pengalaman. Oleh itu pastikan ibu bertanya kepada pakar atau orang yang lebih berpengalaman.

Berikut adalah 4 perkara utama yang harus diberi perhatian jika berpantang secara sendiri:

1) Pastikan rehat yang cukup
-Tempoh ini sangat penting untuk ibu menyegarkan kembali badan yang penat dan lemah. Ditambah pula ibu perlu menyusukan bayi dengan sangat kerap. Oleh itu rehat yang cukup sangat penting bagi ibu . Antara tips yang boleh digunakan ialah ibu patut tidur sama waktu dengan waktu bayi tidur.

2)Amalkan diet sihat
-Makanan seimbang adalah pemakanan yang sesuai ketika berpantang. Makanan pantang tradisional juga mempuyai banyak khasiat. Pastikan ibu ambil buah, sayur dan serat bagi memastikan tubuh sentiasa segar bertenaga. Jikalau mommy menyusukan bayi, pastikan minum air dengan banyak .

3)Jangan malas untuk bersenam
-Boleh buat senaman ringan atau senaman kagel tetapi pastikan tanya dahulu kepada pakar waktu yang sesuai untuk ibu kembali aktif.

4)Minta bantuan orang lain
-Dapatkan bantuan pasangan atau orang lain untuk membantu melakukan kerja rumah, mengemas dan lain-lain. Pastikan ibu banyakkan rehat bagi mempercepatkan proses pemyembuhan tubuh badan supaya lebih sihat.

Pemilihan produk berpantang juga amatlah penting dalam menjaga kesihatan selepas bersalin. Tak semua produk berpantang ibu akan gunakan, oleh itu pilihlah mengikut keperluan ibu seperti yang terdapat di sini.

 

 

2 thoughts on “4 rutin utama semasa ibu berpantang”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
joker123 bonus new member mahjong ways agenasia88 mauslot spaceman slot slot gacor gampang menang

slot bet 100

slot depo 10k

slot deposit qris

slot server thailand

scatter hitam

slot bonus new member

slot777