Makan Pedas Nanti Susu Ibu Jadi Pedas?

Kita biasa mendengar bahawa setiap apa yang ibu makan dan minum akan dirasai juga oleh anak yang menyusu daripada ibu tersebut. Jadi kalau ibu suka makan makanan pedas pasti anak yang menyusu juga dapat merasakan kepedasannya. Hakikatnya kenyataan ini hanyalah mitos dan tanggapan masyarakat sahaja.

Betul ke? Kita dengar apa kata pakar. Menurut Dr. Paula Meier, PhD, Pengarah Penyelidikan dan Penyusuan di Unit Rawatan Rapi di Pusat Perubatan Universiti Neonatal Rush dan Ketua Persatuan Antarabangsa untuk Penyelidikan dalam Susu Manusia dan Laktasi, mengatakan bahawa “Sebenarnya tidak ada makanan yang harus dihindari ibu ketika menyusukan bayi mereka…”

Ini adalah kerana, payudara ibu mempunyai keupayaan untuk menapis nutrien penting dari tubuh ibu yang berguna dalam membuat susu ibu (ASI), jadi mengehadkan penggunaan makanan semasa menyusukan anak hanyalah mitos kerana apa yang ibu makan adalah sangat berguna sebagai stok nutrien dalam tubuh seseorang ibu. Cuma pastikan elak daripada mengambil makanan atau minuman yang memang boleh memudaratkan seperti alkohol.

Ada manfaatnya jika ibu makan pelbagai jenis makanan kerana ianya dapat membentuk selera anak bermula dari bayi lagi. Menurut seorang ahli psikologi pakar pemakanan kanak-kanak, Lucy Cooke, menyatakan bahawa bayi yang disusui biasanya akan lebih mudah untuk menyukai jenis makanan yang berlainan di kemudian hari, kerana mereka telah biasa menerima pelbagai makanan dari masa penyusuan susu.

Persoalannya, betul ke makan pedas boleh menjejaskan rasa susu ibu? Pada umumnya rasa susu ibu tidak berubah dengan mudah mengikut apa yang ibu makan. Walaubagaimanapun, ada dilaporkan dari Pusat Bayi yang mana rasa susu yang berbeza selepas ibu makan makanan pedas dapat memberikan pengalaman baru kepada anak anda. Pakar menganggap ini adalah sebagai salah satu cara bijak untuk memperkenalkan selera makanan kepada bayi.

Menurut Emma Pickett, seorang perunding laktasi yang diperakui di peringkat antarabangsa, bahawa apabila ibu menyusu dan menggunakan pelbagai jenis makanan dengan ramuan pemakanan dan rasa yang berbeza, ia sebenarnya dapat membantu bayi mengenali berbagai macam makanan. Tapi ibu jangan risau, kerana apa sahaja yang dimakan oleh ibu, rasa semulajadi susu ibu tetap menguasai secara amnya.

Namun begitu, ibu perlu juga memantau tindak balas tubuh anak yang menyusu setiap kali anda mengambil makanan tertentu. Menurut Dr. Meta Hanindita Sp.A Dr. Hospital Soetomo Surabaya, mendedahkan bahawa cili mengandungi capsaicin, sehingga terdapat beberapa bayi yang sensitif terhadap zat makanan pada satu ini akan mengalami cirit-birit.

Walau bagaimanapun, tindak balas ini tidak selalu menunjukkan tindak balas bayi terhadap makanan pedas, mungkin disebabkan oleh faktor makanan yang lain juga. Tugas utama ibu semasa menyusu anak adalah memberi perhatian lebih kepada jenis makanan yang ibu makan setiap hari semasa menyusu dan perhatikan jika terdapat perubahan dalam keadaan kesihatan anak anda selepas anda makan makanan ini.

Kalau para ibu yang teringin sangat makan pedas yang ala-ala pedas manja gitu boleh dapatkan di sini. Mudah dibawa ke mana-mana dan sedia untuk dimakan terus tanpa masak bersama nasi atau roti putih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
joker123 bonus new member mahjong ways agenasia88 mauslot spaceman slot slot gacor gampang menang

slot bet 100

slot depo 10k

slot deposit qris

slot server thailand

scatter hitam

slot bonus new member

slot777

wild bandito slot

slot dana