SERIMAMA Tungku Besi Berpantang 2kg

RM45.00

Availability: 50 in stock

SKU: 63000078 Categories: ,

Tungku Besi Ibu Berpantang

Kepada ibu-ibu yang baru bersalin, selain melakukan urutan dan rawatan menggunakan pelbagai kaedah, bertungku juga amat digalakkan untuk menegangkan kembali otot-otot yang sudah longgar, bertungku juga penting untuk mengembalikan semua kesegaran dan mengecutkan rahim selain membuang saki baki darah kotor

Apa itu bertungku?
Bertungku adalah menuam bahagian tertentu di bahagian-bahagian yang mengalami perubahan semasa proses hamil dan bersalin, di sekitar bahagian peranakan dan bahagian badan yang lain.

Jika ibu ibu yang baru hendak bertungku, anda akan berpeluh dan terasa sedikit hangat, ini bertujuan untuk memudahkan pemulihan tenaga, bertungku juga sesuai dilakukan ketika sebelum mandi pagi dan pada waktu petang dalam posisi berbaring, kecuali dalam keadaan tertentu.

Walaupun kini terdapatnya tungku moden dan elektrik. Namun masih tidak dapat menandingi tungku tradisional yang dibaluti herba terpilih dan ramuan yang terbaik oleh pakar bidan.

Antara kelebihan bertungku adalah:

Mengecutkan rahim dan segala anggota sekitarnya yang bengkak akibat hamil dan bersalin.
Membuang sisa saki baki darah kotor dan toksin yang terdapat di dalam badan
Memecahkan lemak dan mulihkan tenaga dengan pantas.
Mengembalikan tubuh badan ke bentuk asal seperti sebelum bersalin
Memulihkan urat saraf yang berhampiran di sekitar kawasan peranakan

Di mana bahagian yang perlu ditungku @ dituam?

Di sekitar bahagian payudara supaya pengaliran darah menjadi lancar dan melancarkan pengeluaran susu
Bahagian ulu hati untuk memecahkan angin di bahagian perut dan ulu hati.
Bahagian ketiak kanan dan kiri diikuti belikat kanan dan kiri bagi melancarkan peredaran darah dan mengembalikan tenaga.
Di bahagian pelipat, betis dan peha, pinggang dan pergelangan kaki dan tangan.
lakukan di setiap bahagian selama 5-10 minit dan ulang di bahagian lain pula

#TUNGKU #BESI #IBU #BERPANTANG

Weight 2 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

Shopping Cart